Pages

Subscribe:

Friday, 20 July 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Semua


Selamat menjalani ibadah puasa. Dari saya wakil admin yang lain
Semoga puasa kali ini membawa beribu keberkatan dan beribu kemaafan diatas doa-doa kita yang lampau..
AMIN

8 Fungsi Baru Bakal Ada Pada Windows 8


Microsoft adalah syarikat yang membangunkan sistem operasi Windows. Ura-ura mengatakanWindows 8 akan dilancarkan kepada umum pada bulan Oktober tahun ini. Dari padangan aku dengan pelancaran sistem operasi Windows 8 ini bakal menambah lagi persaingan diantara tablet kerana Windows 8 ini diperkatakan bakal mempunyai versi untuk tablet.
Bagi mereka yang masih belum mengetahui pembaharuan dan peningkatan korang boleh rujuk ulasan yang ditulis pada Amanz.MY mengenai Windows 8 Developer Preview yang dikeluarkan September tahun lepas.
Infografik dibawah menunjukkan 8 fungsi baru yang bakal diperkenalkan atau dimasukkan pada Windows 8. Enjoy~

Thursday, 19 July 2012

10 Cara Menjimatkan Kuasa Bateri Telefon Pintar


Bagi mereka yang menggunakan telefon pintar, pasti kadang-kadang mengalami masalah yang sama iaitu kuasa bateri cepat berkurangan. Kini, semakin baru/terkini sesebuah telefon pintar tersebut, makin tinggi kapasiti kuasa bateri yang ditawarkan. Ini kerana, saiz skrin telefon pintar hari ini semakin hari semakin besar, jadi ianya memerlukan kuasa bateri yang tinggi. Jadi bagaimana untuk mengekalkan kuasa bateri untuk lebih lama? Dibawah adalah 10 cara yang mampu membantu korang memanjangkan kuasa bateri telefon pintar korang.

1. Paparan Skrin

Tetapkan (Set) kadar keterangan skrin ke aras yang rendah. Ini akan membantu melanjutkan kuasa bateri kerana skrin menggunakan kuasa yang rendah. Janganlah korang tetapkan kadar keterangan tue ke tahap paling minimum. Nanti tak nampak apa-apa selain muka sendiri.

2. Memahami Jenis Skrin Yang Digunakan (LCD atau OLED)

LCD : Skrin jenis ini bergantung pada cahaya dari latar belakang (back lighting), cahaya latar (back light) dihidupkan sepanjang masa tetapi bergantung pada kandungan di skrin samaada hitam atau putih. Walaupun skrin tidak memaparkan apa-apa kandungan, cahaya latar tetap dihidupkan dan ini mungkin tidak membantu korang menjimatkan penggunaan bateri. Harap langkah berikutnya membantu korang mengatasi masalah ini.
OLED : Semakin cerah warna yang korang gunakan pada skrin, makin cepat kuasa bateri berkurangan. Perkara yang mungkin dapat membantu adalah dengan menggunakan latar belakang yang gelap. Untuk Nokia Lumia, sila gunakan tiles yang gelap. Warna putih menggunakan kuasa di skrin OLED.

3. Skrin Ke Paparan Standby

Bila korang tak menggunakan skrin, sila aktifkan paparan standby iaitu dengan mematikan paparan pada skrin. Dicadangkan masa untuk skrin automatik ke paparan standby tidak lah terlalu lama.

4. Sambungan (Connectivity)

Kalau korang tak guna Bluetooth, tutup sahaja. Ini adalah perkara asas yang mungkin semua orang tahu. Mematikan Bluetooth bukan sahaja menjimatkan kuasa bateri, tetapi melindungi dari ancaman luar. Begitu juga dengan sambungan WiFi, sila matikan jika tidak mahu menggunakannya. Ini kerana, ia akan terus mengimbas sambungan WiFi yang berada dikawasan berdekatan.

5. Aplikasi

Mesti didalam telefon korang mempunyai aplikasi email/sosial media seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Sila ubahkan kekerapan untuk aplikasi itu mendapatan kemaskini terbaru. Dicadangkan korang menetapkan 30 minit atau lebih untuk kekerapan kemaskini tersebut. Cuba bayangkan jika setiap 5 minit telefon korang melakukan kemaskini pada Facebook/Twitter. Memang takkan bertahan punya kuasa bateri tu.

6. Kemaskini

Mungkin telefon pintar korang menerima kemaskini terbaru atau aplikasi mempunyai versi terkini. Digalakkan proses kemaskini tersebut dijalankan semasa korang mengecas telefon. Ini kerana, kadang-kadang proses kemaskini boleh mengganggu prestasi telefon jika ianya terganggu.

7. Power Saving Mode

Aktifkan sahaja fungsi ini walaupun kuasa bateri masih banyak. Ini kerana mode tersebut akan menjalankan satu pemantauan ketat terhadap penggunaan telefon dan masih mengekalkan prestasi telefon ketahap maksimum.

8. Pengecas Telefon

Pengecas telefon kini mempunyai fungsi dimana akan akan mengesan apabila telefon mencapai 100% dan berhenti tanpa merosakkan bateri. Jika pengecas yang korang gunakan rosak dan tidak boleh digunakan, belilah pengecas yang dikeluarkan oleh pengilang telefon korang atau dengan kata lain belilah yang original. Jangan beli kat pasar malam yang menggunakan jenama cap ayam.
Menggunakan pengecas dari plug lebih pantas berbanding daripada mengecas menggunakan kabel USB dari komputer. Menggunakan plug, ianya lebih pantas dan menjimatkan masa.

9. Vibrate/Getaran

Mengaktifkan getaran tidak diperlukan kecuali telefon korang didalam mod senyap (Silent).

10. Common Sense

Secara umumnya kita tahu berapa lama bateri boleh bertahan untuk satu-satu hari. Sebagai contoh, korang keluar pagi, balik tengah malam dan baru nak cas telefon. Adakah logik bateri korang akan tahan lama bila waktu lunch korang boleh layan Youtube kat phone? Ataupun mendengar radio atau MP3 semasa kerja? Atau bermain game semasa tiada kerja untuk dibuat? Mestila takkan. Jadi korang sendiri tahu bagaimana sebenarnya untuk menjimatkan bateri telefon korang. 9 cara diatas membantu mengurangkan penggunaan kuasa bateri, selebihnya pada korang. Bagaimana korang menggunakan telefon pintar setiap hari.

sumber :


Apakah Resistive & Capasitive Touchscreen


Hari ni aku nak kongsikan dengan korang semua mengenai skrin sentuh atau dalam bahasa inggeris dan mudah difahami adalah touchscreen. Sekarang penggunakan touchscreen nie sangat meluas. pelbagai alatan elektronik menggunakannya kerana ia lebih menjimatkan ruang. Tetapi apakah yang korang tahu mengenai touchscreen. Jika sebelum ini aku banyak mendengar dengan istilah heat sensor, pressure sensor, dan pelbagai lagi mengenai jenis-jenis touchscreen. Jadi untuk hari ini aku ingin mengulas sedikit beberapa jenis touchsreen yang digunakan pada telefon pintar pada zaman ini.
Setahu aku telefon pintar hanya menggunakan 2 jenis touchscreen sahaja; iaitu resistive dan capasitive touchsreen. Apakah yang dimaksudkan dan bagai mana ia berfungsi aku akan ulas pada bahagian dibawah. Bagi memberi kefahaman kepada korang, aku akan lampirkan beberapa model telefon pintar mengikut jenis touchscreen yang digunakan. Dan mungkin pada penghujung entri aku akan membandingkan kebaikan dan kelemahan touchscreen tersebut.

Resistive Touchsreen

Resistive touchscreen terdiri daripada papan kaca dan membran plastik yang fleksibel. Kedua-dua papan dan membran diliputi dengan lapisan perintang. Ruang di antara kaca dan membran dipenuhi dengan penebat mikro yang diagihkan sama rata di sepanjang kawasan aktif skrin. Ia menebat permukaan yang mengandungi konduktor. Apabila sesuatu objek, seperti jari, menekan ke membran plastik pada suatu titik di atas permukaan luar panel, kedua-dua lapisan logam akan bersentuhan: panel kemudiannya bertindak sebagai sepasang pembahagi voltan dengan output. Ini menyebabkan perubahan arus elektrik, yang didaftarkan sebagai sentuhan dan dihantar kepada controller untuk processor. Kemudian processor akan mengesan koordinat lokasi yang ditekan tersebut dan tindak balas seterusnya akan mengikut arahan seperti yang diprogramkan.
Contoh Telefon Pintar
Nokia N97,Sony Ericsson Satio, & Nokia 5800 XpressMusic

Capasitive Touchscreen

Capasitive touchscreen pula terdiri daripada penebat seperti kaca, disalut dengan konduktor yang telus seperti indium tin oksida. Badan manusia juga merupakan pengalir elektrik, dengan hanya menyentuh permukaan skrin, medan elektrostatik pada skrin akan bertindakbalas dan akan menyebabkan kadar voltan berkurangan. Aliran arus elektrik dari setiap penjuru akan dikira oleh controller untuk menentukan lokasi X/Y dan akan dihantar ke komputer.
Contoh Telefon Pintar
Apple iPhone 4, Samsung Galaxy S 2, & Nokia N9

Perbandingan Antara Resistive dan Capasitive

Sumber :

http://www.planartouch.com/101/select/
http://en.wikipedia.org/wiki/Resistive_touchscreen  http://www.griffininteractive.net/2010/05/smartphones_with_resistive_and_capacitive_touchscr.html


Langkah Menaik Taraf Samsung Galaxy Note Ke Android 4.0 Ice Cream Sandwich


Mungkin korang tahu, Samsung Galaxy Note kini telah menerima kemaskini Android 4.0 – Ice Cream Sandwich. Kehadiran ICS ke Galaxy Note begitu ditunggu-tunggu kerana aku ingin melihat peningkatan baru untuk Galaxy Note iaitu Premium Suite. Disebabkan aku tidak pernah menggunakan telefon pintar Android dalam jangka masa yang lama, agak sukar untuk aku mendapatkan cara untuk mengemaskini firmware untuk telefon pintar Samsung tersebut. Akhirnya, aku menemui juga cara untuk menaik taraf Galaxy Note tersebut ke versi ICS dari versi Gingerbread. Dan mungkin salah sorang dari korang pengguna yang menggunakan Galaxy Note dan tidak tahu bagaimana untuk untuk memasang ICS pada peranti Galaxy Note, sila ikuti tutorial bergambar dibawah.

Langkah Mengemaskini Firmware Samsung Galaxy Note Ke ICS

1. Pertama sekali korang perlu memasang aplikasi Samsung Kies pada komputer korang. Sila muat turun Kies mengikut sistem operasi komputer korang.
2. Pasang aplikasi tersebut pada komputer korang, dan jalankannya sebaik sahaja proses pemasangan selesai. Korang akan dapat melihat paparan Kies 2.0 seperti dibawah.
3. Sambungkan Galaxy Note korang ke komputer, dan jika peranti Galaxy Note korang menerima kemaskini, ianya akan mengeluarkan popup seperti dibawah. Nak terus update ke? Nanti dulu. Kena buat back up dulu. Sebagai langkah keselamatan. Untuk melakukan back up, korang perlu menekan butang ‘Cancel‘ terlebih dahulu
4. Pergi ke bahagian tab Back up/Restore, pilih maklumat manakah yang korang mahu back updan klik butang ‘Back up‘.
5. Kembali ke tab ‘Basic Information‘, pada bahagian Firmware Information jika terdapat paparan seperti dibawah, klik butang Firmware Upgrade.
6. Pada bahagian ‘Caution’ sila baca dan fahami betul-betul. Dah puas baca, tandakan kotak-kotak yang perlu dan klik Start Upgrade.
Pastikan bateri Galaxy Note korang berada didalam kapasiti 60% keatas. Sambungan internet juga hendaklah stabil. Kadar kelajuan yang laju lebih bagus, sebab takde la lama kena tunggu.
7. Notis ini akan paparkan memberitahu korang yang mengenai beberapa tetapan akan di resetkepada tetapan asal. Tekan saja butang Next tak payah baca. Haha.
8. Seterusnya, Kies akan memuat turun beberapa Firmware yang diperlukan untuk proses kemaskini ini. Biarkan sahaja, kerana ianya dijalankan secara automatik.
9. Sebaik saja Firmware dimuat turun tadi dipasang, proses memuat turun Android 4.0 Ice Cream Sandwich akan dijalankan. Masa nie korang dah boleh pegi buat air.
Lepas je muat turun selesai, proses pemasangan Android 4.0 ICS akan dijalankan secara automatik.
10. Yeay. Samsung Galaxy Note telah berjaya dinaik taraf ke Android 4.0 ICS. Cabut kabel USB danRestart Galaxy Note korang tue.
11. Dah siap restart kan? Korang cucuk semula kabel USB sebab aku nak suruh korang restore balikback up yang korang buat. Kat Kies, pergi ke tab Back up/Restore, scroll skit kebawah, klik butang Restore.
12. Lepas Restore mesti korang nak godek-godek tengok apa yang baru kat ICS kan, maknanya korang dah boleh tutup blog nie. Esok datang lagi ye. Selamat mencuba.

QIcon Changer – Penukaran Ikon Kini Lebih Mudah


Adakah korang suka menukar paparan ikon desktop kepada yang lebih menarik. Proses penukaran ikon tersebut tidaklah begitu sukar, tetapi ianya memerlukan banyak langkah-langkah yang perlu diikuti. Dan hari ini aku nak memperkenalkan satu aplikasi ringkas yang membolehkan proses penukaran ikon yang menggunakan extension .EXE dan .SCR dengan mudah.
Bergantung pada saiz dan resolusi ikon (.ICO) tersebut. Makin tinggi resolusi, makin bagus dan resolusi cadangan adalah 128X128 atau lebih.

Daftar Email 1 Malaysia di MyEmail.My


Cara Mendaftar Email 1 Malaysia

1. Akses ke MyEmail.My
2. Sila Daftar or Sign-Up.
3. Sila isi Borang Pendaftaran dengan betul. Nama dan No. Kad Pengenalan mestilah mengikut dalam Kad Pengenalan kerana butiran tersebut akan disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia.

4. ID myemail adalah berdasarkan nama anda mengikut dalam Kad Pengenalan.  Jika Id tersebut telah digunakan anda hendaklah meletakkan nombor untuk membezakan id tersebut..


5. Selepas semua butiran sila klik daftar sertakan kod pengesahan dengan betul.
6. Tunggu sehingga pengesahan dibuat oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia dalam tempoh 24 jam daripada pendaftaran.
Semoga dengan adanya Email untuk Malaysia dapat memajukan lagi Teknologi di Malasyia. 1 Email untuk setiap penduduk Malaysia.




Bahasa Pengaturcaraan Buat Web



Pengaturcaraan untuk buat web.  Jika anda minat untuk buat web, maka anda tidak akan terlepas dari apa yang dinamakan bahasa pengaturcaraan.  Bahasa Pengaturcaraan merupakan satu teknik Arahan standard untuk memerintah komputer bila kita buat web.

Jenis bahasa pengaturcaraan

1. Bahasa Pengaturcaraan HTML
HyperText Markup Language (HTML) adalah sebuah bahasa markup yang digunakan untuk buat web dan memaparkan pelbagai maklumat di dalam sebuah browser Internet.
HTML merupakan standard Internet yang didefinisikan dan dikendalikan penggunaannya oleh World Wide Web Consortium (W3C). Sebuah file yang merupakan file HTML dapat dibuka dengan menggunakan browser lamanweb seperti Mozilla Firefox atau Microsoft Internet Explorer.

2. Bahasa Pengaturcaraan PHP
PHP adalah bahasa aturcara script yang paling banyak digunakan pada masa kini.
PHP yang pertama kali dibuat oleh Rasmus Lerdorf pada tahun 1995. Pada waktu itu PHP masih bernama FI (Form Interpreted), yang wujudnya berupa sekumpulan script yang digunakan untuk membuat data form dari lamanweb.
PHP banyak dipakai untuk buat web yang dinamik, walaupun tidak tertutup kemungkinan digunakan untuk kegunaan lain.
PHP biasanya berjalan pada sistem operasi linux (PHP juga boleh dijalankan dengan hosting windows).
3. Bahasa Pengaturcaraan ASP
ASP adalah singkatan dari Active Server Pages yang merupakan salah satu aturcara lamanweb untuk mencipta lamanweb yang dinamik.
ASP merupakan salah satu produk teknologi yang disediakan oleh Microsoft.
ASP bekerja pada lamanweb server dan merupakan server side scripting.
4. Pengaturcaraan XML
Extensible Markup Language (XML) adalah bahasa markup serbaguna yang disyorkan W3C untuk mendeskripsikan berbagai macam data.
XML menggunakan markup tags seperti HTML namun penggunaannya tidak terbatas pada paparan lamanweb sahaja.
XML merupakan suatu kaedah dalam membuat penanda buku / markup pada sebuah dokumen.

5. Bahasa Pengaturcaraan WML

WML adalah kepanjangan dari Wireless Markup Language, yaitu bahasa aturcara yang digunakan dalam aplikasi berasaskan XML (eXtensible Markup Langauge).
WML ini adalah bahasa aturcara yang digunakan dalam aplikasi wireless.
WML merupakan analogi dari HTML yang berjalan pada protokol wayarles.
6. Bahasa Pengaturcaraan PERL
Perl adalah bahasa atucara untuk mesin dengan sistem operasi Unix (SunOS, Linux, BSD, HP-UX), juga terdapat untuk sistem operasi seperti DOS, Windows, PowerPC, BeOS, VMS, EBCDIC, dan PocketPC.
PERL merupakan bahasa aturcara yang serupa bahasa aturcara C++.
7. Bahasa Pengaturcaraan CFM
Cfm dibuat menggunakan tag ColdFusion dengan software Adobe ColdFusion / BlueDragon / Coldfusion Studio. Syntax coldfusion berasaskan html.

8. Bahasa Pengaturcaraan Javascript
Javascript adalah bahasa script yang terbaik yang berjalan pada pelanggan.
JavaScript merupakan sebuah bahasa scripting yang dibangunkan oleh Netscape.
Untuk menjalankan skrip yang ditulis dengan JavaScript kita memerlukan JavaScript-enabled browser iaitu pelayar yang mampu menjalankan JavaScript.

9. Bahasa Pengaturcaraan CSS

Cascading Style Sheets (CSS) adalah suatu bahasa stylesheet yang digunakan untuk menetapkan paparan suatu dokumen yang ditulis dalam bahasa markup.  Penggunaan yang paling umum dari CSS adalah untuk memformat halaman lamanweb yang ditulis dengan HTML dan XHTML.  Walaupun demikian, bahasanya sendiri dapat dipergunakan untuk semua jenis dokumen XML termasuk SVG dan XUL. Spesifikasi CSS ditetapkan oleh World Wide Web Consortium (W3C).

Cara Menggunakan WinToFlash Untuk Format Hard Disc dan Install Window


WinToFlash adalah satu jalan penyelesaian bagi mereka yang mengalami kerosakan pada CD/DVD-ROM.  Sebagai jalan penyelesaian untuk perkara ini, WinToFlash telah membuat satu perisian yang dimana boleh menggunakan PenDrive.
WinToFlash hanya menyokong bagi penggunaan Window XPWindow Vista dan Window 7.
Senarai Fungsi
* Windows XP/2003/Vista/2008/7 ke USB transfer
* WinPE ke USB transfer
* Media USB memadam, penuh dengan cepat
* Membuat USB drive dengan boot loader kecemasan
* DOS untuk memindahkan USB
Keperluan Sistem
Untuk menggunakan Novicorp WinToFlash, komputer anda harus memenuhi syarat-syarat peranti keras tertentu. keperluan sebenarnya berbeza-beza, bergantung pada konfigurasi sistem dan program-program dan ciri-ciri yang anda pilih.
* Pentium 233-megahertz (MHz) processor atau lebih cepat
* Paling sedikit 64 Mb (MB) RAM
* Setidaknya 20 Mb (MB) ruang yang terdapat pada hard disk
* Keyboard dan Mouse Microsoft atau beberapa peranti penunjuk serasi lain
* Klip adapter dan monitor dengan Super VGA (800 x 600) atau resolusi yang lebih tinggi
* Windows XP/2003/Vista/2008/7
Cara-Cara Penggunaan WinToFlash
Download dan Extract WinToFlash ke Dekstop.
Run WintoFlash > Pilih ISO



Tips Mengakses Lamanweb Yang Di Sekat


1. Menggunakan alamat IP
Apabila aplikasi yang digunakan hanya menyekat nama domain saja (Contohnya : www.google.com), ini dapat dikenalpasti dengan menggunakan alamat IP laman web tersebut contohnyanya, untuk google: http://209.85.171.99/.
Untuk mengetahui alamat IP sebuah lamanweb tersebut, kita boleh cuba ping terhadap laman tersebut. Caranya masuk ke command prompt (Start> Run> taip: cmd> Enter) dan taip ping nama_lamanweb.com dan tekan enter. Maka akan muncul alamat IP lamanweb tersebut.
2. Menggunakan Proxy di Browser
Ada banyak sekali proxy percuma yang boleh anda dapati di internet, beberapa lamanweb yang boleh anda pakai secara percuma adalah :
http://www.freshproxylist.org
http://www.samair.ru
http://www.freshproxylist.net
http://www.freshproxylist.com
http://www.proxynext.com
Setelah anda memilih salah satu proxy dari laman-laman web di atas, configurasi browser anda untuk menggunakan proxy tersebut.
3. Menggunakan Perkhidmatan Short URL
Cara lain yang boleh dilakukan adalah dengan memanfaatkan perkhidmatan url shortening seperti:
http://www.tinyurl.com
http://www.moourl.com
http://www.snipurl.com
http://www.shorturl.com
4. Menggunakan Arsip Online dan Cache
Beberapa enjin carian seperti Google dan Yahoo menyimpan penerangan berbagai lamanweb popular yang tetap boleh melihat isi dari lamanweb walaupun yang telah dihalang atau dihapuskan.
Klik link bertuliskan ‘cached’ maka kita akan dibawa ke lamanweb cache dari mesin carian (apabila disimpan).
5. Menggunakan Perkhidmatan Anonymizer
Menggunakan perkhidmatan anonymizer, alamat IP dan maklumat anda yang lain tidak akan diketahui oleh laman web yang anda kunjungi.
Kebanyakan perkhidmatan seperti ini adalah berbayar, namun ada beberapa yang masih tersedia percuma seperti:
http://www.anonymouse.org
http://www.dailybestlinks.com
http://www.youhide.com
http://www.youhide.info
6. Menggunakan Penterjemah Online / Translator Online
Perkhidmatan penterjemah dalam talian yang terkenal seperti
http://world.altavista.com
http://translate.google.com
http://www.worldlingo.com
http://www.windowslivetranslator.com
Cukup masukkan URL laman web yang disekat dan pilih pilihan terjemahan ke dalam bahasa yang anda inginkan (atau bahasa yang sama).
7. Langgan RSS Feed
Trik yang ini mungkin tidak berlaku untuk pelbagai lamanweb, tetapi jika laman web yang anda ingin kunjungi menyediakan ciri sindikasi RSS, (biasanya laman berita dan blog), anda boleh cuba untuk melanggan dan membacanya dengan sebuah RSS / Feed Reader.
Perkhidmatan RSS / Feed Reader yang boleh anda gunakan boleh berupa aplikasi desktop (Feed Demon, Feed Reader dan Sharp Reader), web browser Firefox, Opera, IE dan lain-lain, atau dengan tambahan sambungan (InfoRSS, Sage, dan NewsFox), dan terkini menggunakan aplikasi dalam talian (Google Reader dan Feed Show).
8. Langgan Melalui Email
Perkhidmatan yang terbaik untuk cara yang ini adalah http://www.mail2web.com/.
Kita boleh melanggan laman-laman kegemaran kita melalui e-mel. Anda juga boleh melanggan banyak laman sekaligus yang ditetapkan di dalam folder-folder sehingga tersusun rapi. Setiap kali laman lamanweb berubah, Web2Mail secara automatik menghantar lamanweb baru ke alamat e-mel anda. Anda juga boleh menetapkan apa saja dan pada bila-bila dihantar.
Ada juga perkhidmatan RSSFWD yang akan secara automatik menukar RSS menjadi email yang dihantar ke akaun e-mel anda.
9. Menggunakan Google Mobile Search
Anda juga boleh cuba menggunakan Google mobile search, tetapi biasanya hasil yang diperolehi tidak maksimum.


Keyboard Shortcuts Untuk Windows Seven


Shortcuts Keyboard untuk Windows Explorer :
Ctrl+N = Open a new window
Ctrl+W = Close the current window
Ctrl+Shift+N = Create a new folder
End = Display the bottom of the active window
Home = Display the top of the active window
F11 = Maximize or minimize the active window
Ctrl+Period (.) = Rotate a picture clockwise
Ctrl+Comma (,) = Rotate a picture counter-clockwise
Num Lock+Asterisk (*) on numeric keypad = Display all subfolders under the selected folder
Num Lock+Plus Sign (+) on numeric keypad = Display the contents of the selected folder
Num Lock+Minus Sign (-) on numeric keypad = Collapse the selected folder
Left Arrow = Collapse the current selection (if it’s expanded), or select the parent folder
Alt+Enter = Open the Properties dialog box for the selected item
Alt+P = Display the preview pane
Alt+Left Arrow = View the previous folder
Backspace = View the previous folder
Right Arrow = Display the current selection (if it’s collapsed), or select the first subfolder
Alt+Right Arrow = View the next folder
Alt+Up Arrow = View the parent folder
Ctrl+Shift+E = Display all folders above the selected folder
Ctrl+Mouse scroll wheel = Change the size and appearance of file and folder icons
Alt+D = Select the address bar
Ctrl+E = Select the search box
Ctrl+ = Select the search box

Shortcuts Keyboard Umum :
F1 = Display Help
Ctrl+C (or Ctrl+Insert) = Copy the selected item
Ctrl+X = Cut the selected item
Ctrl+V (or Shift+Insert) = Paste the selected item
Ctrl+Z = Undo an action
Ctrl+Y = Redo an action
Delete (or Ctrl+D) = Delete the selected item and move it to the Recycle Bin
Shift+Delete = Delete the selected item without moving it to the Recycle Bin first
F2 = Rename the selected item
Ctrl+Right Arrow = Move the cursor to the beginning of the next word
Ctrl+Left Arrow = Move the cursor to the beginning of the previous word
Ctrl+Down Arrow = Move the cursor to the beginning of the next paragraph
Ctrl+Up Arrow = Move the cursor to the beginning of the previous paragraph
Ctrl+Shift with an arrow key = Select a block of text
Shift with any arrow key = Select more than one item in a window or on the desktop, or select text within a document
Ctrl with any arrow key+Spacebar = Select multiple individual items in a window or on the desktop
Ctrl+A = Select all items in a document or window
F3 = Search for a file or folder
Alt+Enter = Display properties for the selected item
Alt+F4 = Close the active item, or exit the active program
Alt+Spacebar = Open the shortcut menu for the active window
Ctrl+F4 = Close the active document (in programs that allow you to have multiple documents open simultaneously)
Alt+Tab = Switch between open items
Ctrl+Alt+Tab = Use the arrow keys to switch between open items
Ctrl+Mouse scroll wheel = Change the size of icons on the desktop
Windows logo key Picture of Windows logo key +Tab = Cycle through programs on the taskbar by using Aero Flip 3-D
Ctrl+Windows logo key Picture of Windows logo key +Tab = Use the arrow keys to cycle through programs on the taskbar by using Aero Flip 3-D
Alt+Esc = Cycle through items in the order in which they were opened
F6 = Cycle through screen elements in a window or on the desktop
F4 = Display the address bar list in Windows Explorer
Shift+F10 = Display the shortcut menu for the selected item
Ctrl+Esc = Open the Start menu
Alt+underlined letter = Display the corresponding menu
Alt+underlined letter = Perform the menu command (or other underlined command)
F10 = Activate the menu bar in the active program
Right Arrow = Open the next menu to the right, or open a submenu
Left Arrow = Open the next menu to the left, or close a submenu
F5 (or Ctrl+R) = Refresh the active window
Alt+Up Arrow = View the folder one level up in Windows Explorer
Esc = Cancel the current task
Ctrl+Shift+Esc = Open Task Manager
Shift when you insert a CD = Prevent the CD from automatically playing
Left Alt+Shift = Switch the input language when multiple input languages are enabled
Ctrl+Shift = Switch the keyboard layout when multiple keyboard layouts are enabled
Right or Left Ctrl+Shift = Change the reading direction of text in right-to-left reading languages

Taskbar Shortcuts Keyboard :
Shift+Click on a taskbar button = Open a program or quickly open another instance of a program
Ctrl+Shift+Click on a taskbar button = Open a program as an administrator
Shift+Right-click on a taskbar button = Show the window menu for the program
Shift+Right-click on a grouped taskbar button = Show the window menu for the group
Ctrl+Click on a grouped taskbar button = Cycle through the windows of the group

Hasil Carian Google Yang Unik



Google merupakan laman web search engine terbesar dan terlengkap saat ini. Anda mungkin tidak mengetahui bahawa google ternyata mempunyai beberapa keunikan dari hasil pencariannya.
Anda boleh cuba menggunakan keyword dibawah ini dan anda boleh melihat hasil keunikannya.
1. Askew
Buka search engine google dan masukkan keyword Askew.
Maka anda akan melihat hasil carian dengan skrin dan tulisan yang condong.
2. ascii art
Buka search engine google dan masukkan keyword ascii art.
Maka anda akan melihat logo google disamping kiri atas berubah menjadi gambar tulisan google dengan corak garis-garis.
3. Do A Barrel Roll
Buka search engine google dan masukkan keyword Do A Barrel Roll.
Maka anda akan dipusingkan dengan paparan laman yang berputar-putar.
4. tilt
Buka search engine google dan masukkan keyword tilt.
Maka anda akan melihat hasil carian dengan skrin dan tulisan yang condong seperti jika anda menaip keyword Askew
Selamat Mencuba !