Mungkin korang tahu, Samsung Galaxy Note kini telah menerima kemaskini Android 4.0 – Ice Cream Sandwich. Kehadiran ICS ke Galaxy Note begitu ditunggu-tunggu kerana aku ingin melihat peningkatan baru untuk Galaxy Note iaitu Premium Suite. Disebabkan aku tidak pernah menggunakan telefon pintar Android dalam jangka masa yang lama, agak sukar untuk aku mendapatkan cara untuk mengemaskini firmware untuk telefon pintar Samsung tersebut. Akhirnya, aku menemui juga cara untuk menaik taraf Galaxy Note tersebut ke versi ICS dari versi Gingerbread. Dan mungkin salah sorang dari korang pengguna yang menggunakan Galaxy Note dan tidak tahu bagaimana untuk untuk memasang ICS pada peranti Galaxy Note, sila ikuti tutorial bergambar dibawah.
Langkah Mengemaskini Firmware Samsung Galaxy Note Ke ICS
1. Pertama sekali korang perlu memasang aplikasi Samsung Kies pada komputer korang. Sila muat turun Kies mengikut sistem operasi komputer korang.
Muat Turun Aplikasi Kies 2.0
2. Pasang aplikasi tersebut pada komputer korang, dan jalankannya sebaik sahaja proses pemasangan selesai. Korang akan dapat melihat paparan Kies 2.0 seperti dibawah.
3. Sambungkan Galaxy Note korang ke komputer, dan jika peranti Galaxy Note korang menerima kemaskini, ianya akan mengeluarkan popup seperti dibawah. Nak terus update ke? Nanti dulu. Kena buat back up dulu. Sebagai langkah keselamatan. Untuk melakukan back up, korang perlu menekan butang ‘Cancel‘ terlebih dahulu
4. Pergi ke bahagian tab Back up/Restore, pilih maklumat manakah yang korang mahu back updan klik butang ‘Back up‘.
5. Kembali ke tab ‘Basic Information‘, pada bahagian Firmware Information jika terdapat paparan seperti dibawah, klik butang Firmware Upgrade.
6. Pada bahagian ‘Caution’ sila baca dan fahami betul-betul. Dah puas baca, tandakan kotak-kotak yang perlu dan klik Start Upgrade.
Pastikan bateri Galaxy Note korang berada didalam kapasiti 60% keatas. Sambungan internet juga hendaklah stabil. Kadar kelajuan yang laju lebih bagus, sebab takde la lama kena tunggu.
7. Notis ini akan paparkan memberitahu korang yang mengenai beberapa tetapan akan di resetkepada tetapan asal. Tekan saja butang Next tak payah baca. Haha.
8. Seterusnya, Kies akan memuat turun beberapa Firmware yang diperlukan untuk proses kemaskini ini. Biarkan sahaja, kerana ianya dijalankan secara automatik.
9. Sebaik saja Firmware dimuat turun tadi dipasang, proses memuat turun Android 4.0 Ice Cream Sandwich akan dijalankan. Masa nie korang dah boleh pegi buat air.
Lepas je muat turun selesai, proses pemasangan Android 4.0 ICS akan dijalankan secara automatik.
10. Yeay. Samsung Galaxy Note telah berjaya dinaik taraf ke Android 4.0 ICS. Cabut kabel USB danRestart Galaxy Note korang tue.
11. Dah siap restart kan? Korang cucuk semula kabel USB sebab aku nak suruh korang restore balikback up yang korang buat. Kat Kies, pergi ke tab Back up/Restore, scroll skit kebawah, klik butang Restore.
12. Lepas Restore mesti korang nak godek-godek tengok apa yang baru kat ICS kan, maknanya korang dah boleh tutup blog nie. Esok datang lagi ye. Selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.