Pages

Subscribe:

Thursday, 19 July 2012

Tips Mengakses Lamanweb Yang Di Sekat


1. Menggunakan alamat IP
Apabila aplikasi yang digunakan hanya menyekat nama domain saja (Contohnya : www.google.com), ini dapat dikenalpasti dengan menggunakan alamat IP laman web tersebut contohnyanya, untuk google: http://209.85.171.99/.
Untuk mengetahui alamat IP sebuah lamanweb tersebut, kita boleh cuba ping terhadap laman tersebut. Caranya masuk ke command prompt (Start> Run> taip: cmd> Enter) dan taip ping nama_lamanweb.com dan tekan enter. Maka akan muncul alamat IP lamanweb tersebut.
2. Menggunakan Proxy di Browser
Ada banyak sekali proxy percuma yang boleh anda dapati di internet, beberapa lamanweb yang boleh anda pakai secara percuma adalah :
http://www.freshproxylist.org
http://www.samair.ru
http://www.freshproxylist.net
http://www.freshproxylist.com
http://www.proxynext.com
Setelah anda memilih salah satu proxy dari laman-laman web di atas, configurasi browser anda untuk menggunakan proxy tersebut.
3. Menggunakan Perkhidmatan Short URL
Cara lain yang boleh dilakukan adalah dengan memanfaatkan perkhidmatan url shortening seperti:
http://www.tinyurl.com
http://www.moourl.com
http://www.snipurl.com
http://www.shorturl.com
4. Menggunakan Arsip Online dan Cache
Beberapa enjin carian seperti Google dan Yahoo menyimpan penerangan berbagai lamanweb popular yang tetap boleh melihat isi dari lamanweb walaupun yang telah dihalang atau dihapuskan.
Klik link bertuliskan ‘cached’ maka kita akan dibawa ke lamanweb cache dari mesin carian (apabila disimpan).
5. Menggunakan Perkhidmatan Anonymizer
Menggunakan perkhidmatan anonymizer, alamat IP dan maklumat anda yang lain tidak akan diketahui oleh laman web yang anda kunjungi.
Kebanyakan perkhidmatan seperti ini adalah berbayar, namun ada beberapa yang masih tersedia percuma seperti:
http://www.anonymouse.org
http://www.dailybestlinks.com
http://www.youhide.com
http://www.youhide.info
6. Menggunakan Penterjemah Online / Translator Online
Perkhidmatan penterjemah dalam talian yang terkenal seperti
http://world.altavista.com
http://translate.google.com
http://www.worldlingo.com
http://www.windowslivetranslator.com
Cukup masukkan URL laman web yang disekat dan pilih pilihan terjemahan ke dalam bahasa yang anda inginkan (atau bahasa yang sama).
7. Langgan RSS Feed
Trik yang ini mungkin tidak berlaku untuk pelbagai lamanweb, tetapi jika laman web yang anda ingin kunjungi menyediakan ciri sindikasi RSS, (biasanya laman berita dan blog), anda boleh cuba untuk melanggan dan membacanya dengan sebuah RSS / Feed Reader.
Perkhidmatan RSS / Feed Reader yang boleh anda gunakan boleh berupa aplikasi desktop (Feed Demon, Feed Reader dan Sharp Reader), web browser Firefox, Opera, IE dan lain-lain, atau dengan tambahan sambungan (InfoRSS, Sage, dan NewsFox), dan terkini menggunakan aplikasi dalam talian (Google Reader dan Feed Show).
8. Langgan Melalui Email
Perkhidmatan yang terbaik untuk cara yang ini adalah http://www.mail2web.com/.
Kita boleh melanggan laman-laman kegemaran kita melalui e-mel. Anda juga boleh melanggan banyak laman sekaligus yang ditetapkan di dalam folder-folder sehingga tersusun rapi. Setiap kali laman lamanweb berubah, Web2Mail secara automatik menghantar lamanweb baru ke alamat e-mel anda. Anda juga boleh menetapkan apa saja dan pada bila-bila dihantar.
Ada juga perkhidmatan RSSFWD yang akan secara automatik menukar RSS menjadi email yang dihantar ke akaun e-mel anda.
9. Menggunakan Google Mobile Search
Anda juga boleh cuba menggunakan Google mobile search, tetapi biasanya hasil yang diperolehi tidak maksimum.


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.